Definition List

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, August 28

USRAH KESEMBILAN BELAS (28 ogos 2004)

Kuliah Jin :Ust Hj. Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dariapi (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya

.2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati NabiAdam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan JinTidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidakIslam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarangmengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapiorang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliaumenambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu(sambil berseloroh).

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila NabiSulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaimanmeninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuhserta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa NabiSulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belumduduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkanmembaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidakperlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jikatidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliaupernah jumpa orang yang di rasuk.* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagiorang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, August 8

30 Common Mistakes During Ramadan

This list was taken from a class on the fiqh of Ramadan, give by Sheikh
Ahmad Musa Jibril. Some of the issues may have a difference of opinion, but
these are the most correct opinions.

1) Focusing on food; to the extent that people begin to worry about eating
more than actually fasting. This also goes along with spending tons of
money on Iftaars (breaking the fast) even though a person does not need to
eat that much food.

2) Making Suhoor way before Fajr. Some people eat Suhoor a few hours after
Taraweeh or Isha Salah, this is wrong. It should be eaten closer to the
time of Fajr.

3) People don't make Niyyah (intentions) to fast for Ramadan. This is
something in the heart and does not need to be verbal. Also it only needs
to be done once, at the beginning of Ramadan and not every single day.

4) If you find out late that Ramadan started, you should stop eating and
fast for that day, making that day up after Ramadan/Eid ends.

5) Many people don't think you pray Taraweeh on the first night of Ramadan.
They believe you pray it after the first day you actually fast. They forget that the Islamic
calendar runs on the moon, maghrib is the start of the new day.

6) Many people believe if you eat or drink on accident, this breaks your
fast. This is false, if you do this on accident, then you continue fasting
and do not need to make up the day.

7) Some people take the opinion that if they see someone eating or drinking
they should not remind the person that he/she is fasting. According to
Sheikh Bin Baz (ra), this is incorrect and it is an order from Allah for us
to ordain the good and forbid the evil. Thus we tell the person, because we
are forbidding the evil this way.

8) Many sisters believe they cannot use Hennah while fasting. This is
incorrect. They are allowed to use it during Ramadan.

9) Some people believe when you are cooking, you cannot taste the food to
see if it has the right spices/flavors. This is false. It is allowed in
Islam, as long as the person cooking is not eating the food. They can taste
it to see if it needs salt or more spices.

10) Many people think you cannot use a Miswak or toothbrush during Ramadan.
This is false, for the Prophet(saw) used to use a miswak during Ramadan.
Also you CAN use toothpaste; the reasoning by the scholars is that the
Miswak has flavor, thus toothpaste is okay to use (if you are not eating
it). [Dari moderator : bersugi ketika berpuasa selepas tengahari adalah makruh dalam Mazhab hafie, bukan disebabkan ia mempunyai perasa tetapi berdasarkan satu hadith iaitu bau busuk mulut rang yang berpuasa adalah lebih disukai Allah dari bau kasturi. Manakala bagi mazhab Hanafi ersugi ketika berpuasa tidak makruh kerana pada pendapatnya maksud bau busuk itu ialah angin yan keluar dari perut orang yang berpuasa - wallahua'lam]

11) Some people make the Fajr Adhan early. They do this so people will stop >eating before Fajr and not invalidate their fast. This is wrong and >something we should not do.

12) Somepeople make the Maghrib Adhan late. They do this so people will
start eating late, just in case Maghrib has not come in yet. This too is
wrong and we should not do this. d

13) Many people believe you cannot have intercourse with your spouse during
the whole month of Ramadan. This is false, you cannot do this only during
the times when you are fasting. Between Maghrib and Fajr, it is permissible
to.

14) Many women believe that if their period has just ended and they did not
make ghusl, they cannot fast that day (considering their period ended at
night, and they went to bed without Ghusl, waking up without having a
chance to make it). This is incorrect, if a woman has not made Ghusl she
can still fast.

15) Many men believe that if he has had intercourse with his wife and did
not make ghusl (similar to the above), then he cannot fast the next
morning. This is also incorrect, for he can fast even if he has not made Ghusl.

16) Some people pray Dhur and Asr prayers together during Ramadan
(mainly in Arab countries). This is incorrect and should be avoided.

17) Some people believe you cannot eat until the Muadthin is done calling
the Maghrib Adthan. This is incorrect. As soon as he starts, a person can
break their fast.

18) Many people don't take advantage of making dua before they break their
fast. This is one of the three times when Allah especially accepts a
person's dua.

19) Many people make the mistake of spending the later part of Ramadan
preparing for Eid, neglecting Ramadan. This is incorrect and these people
lose the concept of what Ramadan is about.

20) Many parents do not let their children fast during Ramadan (young
children). This is something counter productive to a child. By allowing him
to fast he will grow up to know he must do this act.

21) Many people think Ramadan is just about not eating and forget about
controlling their tempers and watching what they say. In actuality, we are
supposed to control our tempers and mouths even more during Ramadan.

22) People often waste their time during Ramadan. They go to sleep during
the day and get nothing done. We should be taking advantage of this blessed
month by doing extra Ibaadat.

23) Some people don't go on trips or travel during Ramadan. They think they
have to break their fast when traveling. This is actually optional, if you
want to break your fast while traveling you can (with making it up later),
and if you don't you can continue fasting.

24) Many people who are able don't make Itikaaf at the masjid. We should
take advantage of our good health and spend lots of time at the Masjid,
especially the last 10 days of Ramadan.

25) Some people believe they cannot cut their hair or nails during Ramadan.
This is also false.

26) Some people say you cannot swallow your spit during Ramadan. This too
is false. However you cannot swallow mucus that has entered your mouth.

27) Some people say you cannot use scented oils or perfumes during Ramadan.
This too is false. [Dari Moderator : Memakai wangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh dalam azhab Shafie - makruh saja, tidaklah haram]

28) Some people believe bleeding breaks the fast. This is not true.

29) Some people believe if you throw up on accident it breaks your fast.
This is not true. However, if you do it intentionally, it does.

30) Some people think you cannot put water in your nose and mouth during
wuduh in Ramadan. This too is incorrect.

Sunday, July 25

Usrah ketujuh belas – 25 July 2004

Wanita dan Sifat Pemalu

"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).
 
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.

Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita.

Tetapi kalau tidak tahu malu?Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu danmengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu.

Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkalisifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka. Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang.

Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja.melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.

Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Wednesday, July 14

Usrah keenam belas

Tabarruj

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an –Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oelh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepasa kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya.

Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang tujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dlaam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya : “ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”. ketika itu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.



Ringkasan


Lampiran: Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad



TABARRUJ

- Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan
kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan
mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.
- Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan
muka, kecantikan dan perhiasannya.
- Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana
wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan
kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan
separuh tubuh, malah lebih dari itu.
- Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-
‘aariyaat).
- Tabarruj yang diharamkan ialah:
- Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.
- Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
- Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
- Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.
- Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah.
- Jenis perhiasan antaranya:
- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam
- Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan
isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.
25
- Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..
- Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.
- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.
- Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.


IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)-

Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat
yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan
berinteraksi.
- Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.
- Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya
disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
- Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
- Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
- Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
- Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
- Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki
- Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita
dengan lelaki ajnabi ditegah.
- Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
- Pergaulan atas sebab darurat
- Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
- Pergaulan menunaikan kesaksian
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
- Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja
syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
- Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan
syara’
- Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan
bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama
lelaki.
- Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlismajlis
tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab
sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.
26
- Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
- Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum
wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan
ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus
bagi wanita.
- Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah
dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi,
kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana
muamalah.
- Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk
kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa
menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang
untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa
berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu
masa bersama Rasulullah s.a.w.
- Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang
bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:
- Menjaga aurat
- Tidak tabarruj
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi
- Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu
bercakap
- Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
- Warak, tapi bukan warak-warak kucing

Sunday, June 13

Usrah kelima belas – {17 rabiul akhir 1425h -060604}


FITRAH YANG MENJADI FITNAH

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.


Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya
akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.


Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa
yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-
olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul
dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh
agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah
pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada
perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tnpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan
bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Wallahu'alam.

-Sebuah artikel daripada majalah
anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).

Wednesday, June 2

Usrah Keempat belas {10 rabiul akhir 1425h}

Mengutamakan hak agama Islam:


Apabila berlaku pertembungan antara dua maslahah, iaitu maslahah Islam, jihad dan dakwah dengan maslahah kehidupan, isteri, anak dan harta… maka setiap individu muslim wajib mendahulukan maslahah jihad dan dakwah di atas segala maslahah dunia, kepentingan peribadi, dan perasaan terhadap negara dan keluarga.

Ini kerana, membentuk masyarakat Islam, mengukuhkan asas negara Islam dan memberi petunjuk kepada insan yang dalam kesesatan… adalah tujuan utama. Bahkan ia merupakan matlamat dan tujuan yang paling murni. Inilah apa yang nyata dari pendirian Rib‘iy Ibn ‘Amir. Beliau berdiri di hadapan Rustum ketika peperangan al-Qadisiyyah lalu berkata:

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan manusia terhadap manusia kepada penyembahan terhadap Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam.”

Terdapat beberapa contoh para salafussoleh mendahulukan maslahah Islam dan jihad di atas segala maslahah peribadi, keluarga dan keturunan. Lebih-lebih lagi, perasaan yang cenderung terhadap keluarga dan isteri-isteri:

Seorang sahabat yang hatinya penuh keimanan; Hanzalah Ibn Abi ‘Amir yang berkahwin dengan Jamilah Binti Ubaiy pada suatu malam Jumaat. Pada keesokan paginya kaum muslimin di seru supaya keluar ke medan jihad. Sebaik sahaja Hanzalah mendengarnya, beliau terus mengambil pedang, memakai baju perang kemudian menunggang kudanya. Beliau menuju ke medan perang Uhud. Apabila peperangan bermula, beliau bertempur sebagai seorang pahlawan.

Setelah barisan kaum muslimin tidak teratur lagi, Hanzalah bertempur di tengah-tengah barisan kaum musyrikin sehinggalah beliau menemui Abu Sufyan. Beliau menyerangnya. Abu Sufyan pun tersungkur. Hanzalah ingin menyembelihnya dengan pedang. Tetapi Abu Sufyan menjerit mememinta pertolongan daripada kaum Quraisy. Suaranya didengari oleh beberapa orang. Mereka menyerang dan memukul Hanzalah sehingga ia terkorban sebagai seorang syahid.

Inilah dia Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, Allah Subhanahu wa ta‘ala telah mendedahkan kepadanya alam ghaib, lalu Baginda bersabda: “Saya melihat malaikat memandikan Hanzalah di antara langit dan bumi dengan air embun di atas bekas yang diperbuat daripada perak.” Para sahabat pun bersegera pergi melihat Hanzalah.
Mereka mendapati titisan air pada kepala Hazalah.… Lalu mereka bertanya kepada isterinya mengenai Hanzalah. Isterinya memberitahu bahawa sebaik sahaja beliau mendengar seruan jihad, ia terus keluar dalam keadaan berjunub dan belum sempat mandi wajib, dengan sebab itulah malaikat memandikannya.

‘Abdullah Ibn Abi Bakar Radiallahu‘anhuma berkahwin dengan ‘Atikah Binti Zaid. ‘Atikah adalah seorang yang jelita, berakhlak mulia dan sangat beradab. Oleh itu, ia terlewat untuk keluar berperang dan berjihad. Ayahnya Abu Bakar al-Siddiq menyuruhnya agar ia menjatuhan talak ke atas isterinya. Beliau menyatakan sebabnya: “Isteri engkau telah menyebabkan engkau sibuk dengannya dari keluar berperang, maka jatuhkan talak ke atasnya.” Lalu, ‘Abdullah menjatuhkan talak ke atas isterinya. Pada suatu ketika, ayahnya, terdengar beliau mengungkapkan syair:

Maksudnya:
“Aku belum pernah melihat orang seperti aku yang mentalak wanita yang sepertinya.”
“Ia ditalak bukanlah kerana dosa yang ia lakukan.”
“Ia berbudi pekerti mulia, berfikiran tinggi dan berkedudukan.”
“Sedangkan aku sudah tua, dan hatiku amat menyintainya.”


Seorang ayah mahukan anaknya menceraikan isterinya. Tetapi setelah mendengar ungkapan syair ini, ayahnya menyuruh agar ia merujuk semula isterinya. Selepas beberapa ketika, ‘Abdullah keluar berperang bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam di Taif. Malangnya ia terkena panah dan meninggal dunia setelah pulang ke Madinah. Semoga Allah meredhainya.

Al-Tabarani dan Ibn Ishaq meriwayatkan bahawa Abu Khaithamah pulang ke rumahnya setelah bermusafir. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula telah keluar menuju ke medan peperangan selama beberapa hari. Pada hari itu, cuaca sangat panas. Ia mendapati kedua-dua isterinya sedang berkhemah di kebunnya. Terdapat dua buah khemah. Mereka telah merenjiskan air di sekitarnya. Mereka juga telah menyediakan air yang dingin dan makanan untuk menyambut kepulangan suami mereka. Apabila Abu Khaithamah tiba di sana, beliau berdiri di pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua-dua orang isterinya, lalu berkata:

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di bawah matahari yang terik dan angin yang panas. Sedangkan Abu Khaithamah di bawah teduhan yang dingin dan di hadapan hidangan makanan yang telah tersedia serta di sampingnya isteri yang jelita!! Ini bukanlah suatu yang adil.”“Demi Allah aku tidak akan masuk ke khemah kamu berdua sehinggalah aku menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam terlebih dahulu.” Tanpa berlengah lagi, isteri-isterinya menyediakan bekalan. Abu Khuthaimah bersegera menunggang unta berangkat mengejar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah ia menemui Baginda di medan Tabuk.

Tidak syak lagi, sesungguhnya umat Islam dan belia Islam ketika mana mereka mendahulukan cinta kepada Allah, Rasul, jihad di jalan Allah dan berdakwah melebihi segala yang lain di dalam kehidupan ini sama ada mahal atau pun murah; nescaya Allah Subhanahu wa ta‘ala akan memberikan kekuasaan kepada mereka di muka bumi ini. Menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan, kelemahan mereka dengan kekuatan. Dunia akan berada di bawah pemerintahan mereka. Manusia seluruhnya akan tunduk kepada arahan dan larangan mereka… Jika mereka menyelewang, maka tunggulah ketentuan daripada Allah Subhanahu wa ta‘ala. Allah akan menurunkan bala dan azab. Allah Subhanahu wa ta‘ala tidak memberi hidayat kepada kaum yang keluar dari batas ketaatan kepadanya, dan terpesong dari petunjuk dan jalan Allah.
Benarlah firman Allah Subhanahu wa ta‘ala di dalam al-Quran:

Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
(Al-Taubah: 24)
Benarlah apa yang difirmankan oleh Tuhan kita yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi di dalam Al-Quran:-

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul.
(Al-Isra`: 9)

Sunday, May 23

Usrah Ketigabelas {3 rabiul akhir 1425h -230504}


Peringkat-peringkat sembahyang


nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita,nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.


Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa
besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan
tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ni.




Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana
faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.



Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak perdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.


Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yg dinamakan golongan mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)



Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang
telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.



Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.


Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Sunday, May 16

dosa tanpa taubat sebabkan titik hitam dihati

Usrah kedua belas (26 rabiulawal 1425h/160504)

Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
 
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.


Persoalannya sekarang, kenapa hati mati?
Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

Monday, May 3

Usrah kesebelas { 12 Rabiulawal 1425h/ 010504}

AL-MA'THURAT

Pada minggu yg lalu,usrah dibuat berkisarkan tentang al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) yang mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w.Al-Mathurat ini teleh dipilih dan dihimpunkan oleh As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan.Zikir-zikir di dalam Mathurat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.




Di antara keutamaan membaca Al-mathurat

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud "aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam". Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu abcaan Agung.In sya Allah kita akan memperole pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya.Rasulullah s.a.w bersabda; " Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar.dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
" Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan.dari Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi" (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w.Hanya insan yang ,enegtahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini.amin ya rabbal 'alamin.

Dipetik dari buku 'Al-Ma'thurat & surah Yasin' karangan As syaheed Imam Hassan Al-Banna

Monday, April 26

USRAH KESEPULUH {4 Rabiulawal 1425h/24 april 04}

RaTu Syahadah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasulullah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasulullah )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :

"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11)

Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita semua...

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati...amin...



Ratu syahadah - In Team

engkaulah permaisuri di mahligai tirani
teguh imanmu walau tersembunyi
kasihmu kau buktikan sebagai isteri
namun cintamu utk Ilahi

engkau masih isteri yg sejati
ketika suami..dimurka Allah
istana bukan penjara nikmat yg alpa
sinar imanmu tak kelam permata
kau miliki jiwa hamba..
walau disisimu singgahsana

sejarah Asiah telah membuktikan
iman bukanlah penjara dijiwa
yg telah bersembunyi
tapi kemerdekaan yg hakiki

yg punya wajah dan jua rupa
akhirnya imanmu bersuara
lantas kau dipenjara dan disiksa
oleh suamimu yg dihina

dikejauhan istana keangkuhan
menggamit mata sayu nya dijiwa
namun hatimu tk sudi kesana
iman dan aqidah lebih utama

ratu syahadah lalu bermadah
oh tuhan bina kan istana utkku
walaupun diduni aku disiksa
namun tk terbayar nikmat disyurga

oh Asiah
kau merubah rencana
bila tanganmu menyentuh bayi
yang hanyut meningkah arus sungai Nil
lembutmu mematahkan keangkuhannya
Fir'aun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang..
jadi terbilang..


Report for PICnIC n usrah QUiZ..

Pada hari yg sama,usrah telah dijalankan diluar 'bilik' atas persetujuan ahli usrah.Lokasi usrah kesepuluh dijalankan adalah diluar perkarangan TRC berhadapan dengan bilik Zaf.Tujuan utama adalah utk memberi 'angin' baru kepada warga usrah disamping menceriakan lagi seisi soal jawap yg dibuat dalam bentuk kuiz.Terima kasih kepada saudari phadi kerana tlh berjaya member soalan2 yg mantap sehingga ada ahli usrah yg di beri muaqobah(denda) kerana tidak berjaya menjawap soalan.



Denda yg dikenakan adalah sekadar nyanyian nasyid.waktu ni la boleh test suara2 merdu ahli usrah kat sini.hehe.jangan marah org yg didenda!!! masakan pulak sedap2.kami disajikan dengan laksa terengganu dan karipap yg sungguh sedap sampai menjilat jari.terima kasih kepada kak yati,mima,pupu n zaf yg buat semua tuh.tk lupe roe yg dtg tlg gorengkan karipap.korang semua mmg best.harap dapat ulang lagi mende2 macam ni.leyh rapatkan ukhwah disamping menjamu selera!!

alhamdulillah,kami sempat solat asar dan magrib berjemaah.best betul rasanya bile tgk semua ahli memenuhi ruang bilik.dah jd macam surau kecik pulak. tk kurang jugak yg mengadu sejuk bile penulis mencadangkan solat berjemaah magrib diluar.apa tidaknya...solat diluar pada musim autumn sesejuk ini?nasib baik la masih rasional,jd magrib kami hanya dibilik sahaja.:)

secara kesimpulannya...jutaan terima kasih kepada semua yg tak jemu2 menyokong segala aktiviti usrah ini.tanpa sokongan dan minat yg ditunjukkan ahli usrah semua,tk mungkin semua ni dpt dijayakan dgn lancar.[buatkan penulis lg bersemangat!! :) ]
jaza killah hu khairan jaza' diucapkan.semoga semua amal ini diberkati.wassalam.

Friday, April 23

PERANAN KAUM WANITA DALAM ISLAM (Vol. 1)
oleh: Brother Mahfudz, Uganda (Ceramah Dalam Bahasa English, Penterjemah DR. S. Qadir)


Agama ini bukan saja tanggungjawan kaum lelaki. Dan pahala-pahalanya bukan saja diberikan kepada kaum lelaki. Tetapi kaum wanita juga mempunyai tanggungjawab, merujuk kepada ayat Al-Qur’an. Dan juga sahabiyah-sahabiyah, isteri kepada para sahabat juga berperan dalam agama. Kita boleh melihatnya dari kisah-kisah mereka.

Banyak orang jahil mempunyai konsep atau pengertian yang salah mengenai Islam. Mereka tidak mengerti Islam. Dan mereka berpikir bahwa Islam sangat mendiskreditkan, merendahkan perempuan, tidak memberikan kesempatan kepada perempuan, mengekang wanita dengan tidak membolehkan bercampur, perempuan menjadi tidak bebas, dianggap rendah, dan sebagainya. Padahal agama adalah tanggungjawab wanita dan lelaki. Kita semua bersama-sama. Kita dapat melihat ini melalui sejarah Islam, saat tersebarnya Islam.

Khadijah RA, adalah contoh, teladan untuk kita ikuti, perhatikan, dan mengerti bagaimana peranan wanita. Saat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari Allah SWT, dengan segera Rasulullah berjumpa dengan Khadijah. Dan saat itu Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan, ketidaknyamanan, karena ini adalah saat pertama Beliau berjumpa dengan Jibrail AS. Ini pertama kali Beliau melihat Jibrail dalam bentuk sebenarnya. Jadi Beliau sangat takut.

Jadi saat Beliau menggigil, ketakutan, Khadijahlah orang pertama yang menenangkan Beliau, Khadijah lah orang yang meneduhkan Nabi SAW. Menghilangkan ketakutan nabi SAW. Karena Khadijah tahu betul bagaimana akhlaq mulia suaminya yang tak pernah melakukan sesuatu yang buruk. Tidak mungkin Allah akan menyusahkan Beliau.

Khadijahlah orang pertama yang masuk Islam. Khadijah-lah orang pertama di dunia yang membenarkan Nabi SAW. Khadijah-lah orang pertama yang menerima pesan dakwah, pesan Islam. Khadijah saat itu juga menolong Rasulullah SAW. Beliau kemudian menjumpai pamannya Waraqah bin Naufal. Lalu menceritakan semuanya seperti yang diceritakan nabi SAW padanya. Kemudian Waraqah berkata,” Itulah Namus seperti yang dilihat oleh Musa AS. Suamimu benar, jangan khawatir. Suamimu adalah seorang nabi. Jadi kita lihat saat pertama, wanita sudah memainkan peranan. Begitu Khadijah mendengar cerita Rasulullah SAW, saat itu juga ia terus menolong Rasulullah SAW, langsung mengadakan dakwah. Dia bukan perempuan yang hanya tinggal di rumah, tidur, rehat. Tapi dia langsung berfikir bagaimana menolong suaminya.

Tuesday, April 20

Syair 1

Seorang penyair bermadah (translation):-
Awan, angin, bulan, matahari, dan langit tetap terus berkhidmat
Supaya engkau mendapatkan nafkah untuk menyusuri hidupmu
Janganlah kiranya memakan dalam kealpaan
Segala makhluk bertugas untukmu dengan penuh kepatuhan
Tidak adil bagimu jikalau engkau gagal mematuhi Allah taala

Monday, April 19

"Hijrah"

usrah kesembilan {29 safar 1425h}

"PENGERTIAN"

Hijrah, adalah satu momentum ke arah satu perubahan yang lebih baik dan mestilah dengan niat hanya pada jalan Allah s.w.t. (*3)Sebagaimana huraian tafsir Al-Qur’anul Karim, oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali, di dalam huraian maksud Surah An-Nahl, ayat 41, telah disebutkan di dalam nota kakinya:

“Tidak ada terdapat keutamaan atau kebaikan dalam perbuatan berhijrah itu sendiri. Untuk ianya mendatangkan kebaikan, mestilah: (1) ianya pada jalan Allah; dan (2) selepas berlaku penindasan dan kezaliman yang memaksa orang yang tertindas itu untuk memilih antara Tuhan dan manusia. Bila syarat-syarat ini ada padanya, maka mereka yang melakukan hijrah itu berhak untuk mendapat penghormatan setingginya, kerana mereka melakukan pengorbanan yang besar pada jalan Allah.” (*3)


Hijrah merangkumi pelbagai aspek sama ada secara lahiriah atau batiniah. Peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w. beserta para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah merupakan peristiwa yang sangat penting kepada umat Islam seluruh dunia, dan peristiwa ini sering diperingati saban tahun pada tanggal 1 Muharram bersamaan 622 Masihi (*1).Hijrah disini merupakan perpindahan baginda secara fizikalnya dari kota Mekah ke Kota Madinah.

Antara makdud lain bagi hijrah adalah:

i) berpindah dari keadaan fitnah kepada keadaan yg lebih harmoni (*2)
ii) berpindah daripada suasana maksiat kepada amal soleh. (*2)


~MOTIF HIJRAH~


Hijrah baginda Rasullullah ini bukanlah kerana putus asa, atau kerana kelemahan atau kerana lari dari kekejaman dan penyeksaan atau kerana takut mati dan bacul dalam menghadapi musuh. Tetapi motif sebenarnya ialah akidah dan agamanya dari fitnah musuh, kerana membawa akidah dan agamanya ke bawah naungan langit yang tenang dan damai, sehingga hijrah itu menjadi wajib ke atas setiap mukmin yang berkuasa dan terdaya.(*1)

Tegasnya kedamaian dan ketenangan dalam menganuti akidah dan agamanya itulah motif hijrah. Hijrahnya Rasullullah s.a.w. dan para sahabat dengan segala pengorbanan dan kesusahan, adalah semata-mata untuk menyahut seruan Allah bagi meninggalkan buat sementara negeri Mekah yang ketika itu dipenuhi dengan kekufuran dan kesyirikan. Mereka menuju ke kota Madinah untuk mendirikan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam menurut ajaran Allah dan RasulNya.(*1)

Lihatlah betapa kuatnya iman orang-orang terdahulu. Jika kita menghayati sirah dengan lebih jauh lagi kita akan dapat mengetahui serta menghayati dengan lebih mendalam akan maksud hijrah ini serta bagaimana pengorbanan umat terdahulu menghadapi ancaman serta mehnah dalam usaha golongan musyrikin memudarkan keimanan mereka. Namun, mereka terus bertahan menghadapinya dan sanggup meninggalkan apa yang mereka miliki semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya.(*3)

Justeru itu, peristiwa hijrah adalah peristiwa yang amat penting dalam sejarah Islam dalam konteks mendirikan sebuah masyarakat Islam di Madinah. Oleh sebab itu, hijrah merupakan kewajipan utama yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam ketika itu, kerana tanpa hijrah tersebut masyarakat Islam tidak dapat dibentuk. Dalam berhijrah, terkandung tiga perkara yang tidak boleh dipisahkan, iaitu Iman, Hijrah dan Jihad(*1)

Iman menjadi titik tolak untuk berhijrah. Hijrah pula merupakan suatu ujian kepada kekuatan iman, yang kelak akan menghasilkan jihad ke jalan Allah, dan menerusi jihad pula akan menjamin kejayaan di dalam perjuangan menegakkan masyarakat Islam. (*1)Ketiga-tiga rangkaian inilah yang telah disebutkan oleh Allah dalam surah at Taubah ayat 20, yang maksudnya;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (yakni daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (At-taubah :20)


~BAGAIMANA HENDAK BERHIJRAH?~

1. Meninggalkan satu demi satu perkara buruk mengikut kemampuan

- Rasulullah pernah menegaskan bahawa orang yg dikatakan berhijrah ialah meninggalkan perkara buruk dalam diri mereka (*2)

Daripada Aisyah r.a, katanya, “Rasulullah s.a.w. ditanya orang mengenai Hijrah. Maka bersabda Rasululullah : Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad, maka patuhilah.” (Sahih Muslim)

2) Berdamping dgn rakan sebaya yang suka memberi nasihat.(*2)

- Dorongan dan motivasi rakan-rakan mampu mempengaruhi jiwa seseorang utk berubah dan berhijrah kearah yang lebih baik.
-Suasana persekitaran dan faktor rakan yang sentiasa mengingatkan kita akan memudahkan proses penghijrahan kita utk menjadi insan yang lebih baik seterusnya menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada suruhan-Nya.


~ HASIL DARI HIJRAH~

Hijrah seharusnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredhai Allah. Hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.Di antara ciri-ciri kemenangan yang perlu ada pada diri kita sebagai seorang Islam menerusi penghayatan hijrah ialah(*1);

1. Seorang yang beriman kepada Allah dan taat serta patuh kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya

2. Orang yang beriman dengan Rasullullah s.a.w., memuliakannya, menolong dan membelanya, dan mengikuti cahaya kebenaran yang diturunkan oleh Allah melaluinya.

3. Orang yang sentiasa membersihkan jiwanya.

4. Orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.

5. Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya.

6. Orang yang bertaqwa, bertaubat, dan sering mengingati Allah.


~PENUTUP~

Secara kesimpulannya,saya menyeru diri sendiri,ikhwah dan akhawat sekalian utk berhijrah kearah yang lebih sempurna dan lebih baik.Bantulah dan berikan semangat kepada rakan-rakan kita yang ingin berhijrah walau dr sudut apa sekalipun asalkan kerana Allah.Jangan sekali memperlekeh-lekehkan keinginanan mereka utk menjadi 'yang lebih baik'.hapuskan dengki dan dendam agar kita dpt bersatu membina ummah yang unggul.wallahu'alam

Rujukan:(*1) = http://www.ikim.gov.my/a11.html
(*2) = my buku usrah -kuliah magrib by Ustaz Kamal Mahdi (10 April 2000)
(*3) = http://www.abim.org.my/minda_madani/modules.php?p=modload&name=News&file=article&sid=29

Monday, April 12

Usrah kelapan {21 safar 1425h}

~10 Wasiat As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna~


1) Bila mendengar azan, bangun utk solat serta merta.

- tlh menjadi kebiasaan kepada kebanyakan umat islam pada hari ini dalam melengah-lengahkan
solat mereka.malah terdapat sesetengah kes yg mana solat tlh 'dicombokan' utk tujuan tertentu.
- seharusnya sebagai hamba Allah,kita lebih mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia iaitu
dengan mengutamakan solat daripada urusan yang lain.

2) Membaca al-Quran,buku-buku berguna , mendengar perkara-perkara yang baik dan berzikir.

- Al-quran yg tlh diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan panduan bagi seseorang mukmin
dalam meneruskan kehidupan seharian (selain sunnah rasulullah).
-Al-quran merupakan bacaan yg dapat menimbulkan rasa ketenangan dalam individu yg membacanya.selain
itu juga,terdapat banyak kelebihan kepada org yg pandai membaca quran sperti yg diterangkan dalam hadith Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1329


-berzikir pada waktu lapang pula dapat mengelakkan kita dari bercakap tentang perkara-perkara
yang tidah bermanfaat.

3) Berusaha utk bertutur dalam bahasa arab dengan betul kerana bahasa arab adalah bahasa syiar Islam

-Seperti yang diketahui,bahasa arab merupakan bahasa syurga,bahasa pertuturan rasulullah,bahasa
Al-Quran dan merupakan bahasa dalam bacaan solat.Ini cukup membuktikan betapa pentingnya bagi kita utk menguasai bahasa arab .
- Mempelajari bahasa arab adalah merupakan fardu kifayah.

4) Jangan bertengkar dalam apa jua keadaan kerana ianya tidak mendatangkan manfaat.

-sesuatu perkara atau ketidak puasan hati perlulah diselesaikan dengan cara yang baik tanpa melibatkan
sebarang pergaduhan sama.
-Islam sangat menitik beratkan silaturrahim dan persaudaraan sesama mukmin.

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 57



5) jangan banyak ketawa

-ketawa yang berlebihan akan mendatangkan mudarat dimana mampu menggelapkan hati sesorang
itu.

6) jangan bergurau kerana umat yang berjuang tidak tahu bergurau.

-bergurau yang melampaui batas boleh mendatangkan 1001 musibah kepada kedua-dua pihak.
sebagai contoh, budaya 'april Fool" yang kerap disambut remaja hari ini merupakan satu perkara
yang tidak sepatutnya berlaku.pihak yang terkena akan merasa dirinya dipermainkan manakala pihak yang mengenakan akan berdosa kerana telah menipu pihak yg terkena.
- p/s: jgn sambut april fool kerana ianya satu peristiwa sambutan kepada penganiayaan terhadap umat
Islam di sepanyol satu ketika dahulu.

7) Jangan bercakap dengan suara yang terlalu tinggi.

-bercakaplah secara sederhana yakni cukup utk pendengaran biasa (org yg perlu mendengar sahaja0
-jangan meninggikan suara kerana dalam surah al-luqman tlh dinyatakan bahawa;

" Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" (al-Luqman:19)

8) jauhi mengumpat.

-dosa mengumpat adalah lebih besar dari dosa berzina kerana dosa berzina akan diampukan oleh
Allah seandainya seseorang itu telah taubat nasuha dari kesalahannya.
-namun dosa mengumpat hanya boleh diampuakan oleh org yg tlh diumpat.

" Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. " (Al-Israa':53)

9) Berkenalan dgn individu muslim wpon dia x minta utk berkenalan

-menjalinkan ukhuwah adalah satu perkara yg sangat mulia.
-dari hadith Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman sesorang diantara kamu selagi dia tidak mengasihi
saudaranya seperti dia kasihnya diri nya sendiri
"

10) kewajipan lebih banyak dari masa yang ada

- antara 5 perkara yg perlu diingati sebelum sampai 5 perkara adalah masa lapang sebelum
masa sibuk.
- dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kita adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang .oleh itu ketika masih sihat,penuhilah masa kita dgn sebaiknya utk membuat amalan yang bakal menjadi pelindung kita didunia dan akhirat.

wallahula'lam

sumber : my buku usrah,www.hadith.al-islam.com

Sunday, March 28

USRAH KEENAM {7 Safar 1425h/280304}

IMAN

takrif bagi iman = kepercayaan (tasdiq).setiap muslim itu mestlilah;

1) bertasdiq dengan hati
2) berikrar dengan lidah
3) beramal dengan segala rukun

Iman akan tercipta melalui 3 panduan tersebut.Kepercayaan hati,pengakuan lidah
dan beramal dengan segala rukun.

Imam Hassan Al-Basri pernah mengatakan bahawa
"iman itu ialah apa yang teguh di dalam hati dan dilakukan oleh amal"

Mengikut Imam Al-Jarjani,iman itu mengakui dengan hati,iktikad dengan hati
dan ikrar dengan lidah.barangsiapa yang,

* mengucapkan dan beramal tetapi tidak iktikad --> Munafik
* mengucapkan tetapi tidak beramal --> Fasik
* tidak mengucapkan dan tidak beramal --> Kafir

Az-zojjaj menggariskan bahawa "iman itu mematuhi undang-undang Islam,
apa jua yang dibawa nabi Muhammmad,beriktikad dan percaya dalam hati"


RUKUN IMAN

1) beriman kepada Allah

* Percaya akan kewujudan Allah
* Antara bukti kewujudan Allah adalah adanya alam semesta
* Percaya bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita

2) beriman kepada malaikat

10 malaikat yg perlu diketahui oleh setiap muslim;

* Jibrail ( Meyampaikan wahyu)
* Mikail ( Menurunkan rezeki)
* Ridwan ( Menjaga syurga)
* Malik ( Menjaga neraka)
* Mungkar (Menyoal didalam kubur)
* Nangkir (Menyoal didalam kubur)
* Raqib (Catat amalan kebaikan)
* Atid (Catat amalan kejahatan)
* Izrael ( Mencabut nyawa)
* Israfil (Meniup sangkakala)

3) Beriman kepada Rasul

* mengikut dan mempercayai ajaran rasul kerana Rasul adalah utusan Allah.
* 25 rasul yang wajib diketahui oleh muslim;

Adam,Idris,Nuh ,Hud, Saleh,Ibrahim,Luth,Ismail,Ishaq,Ya'qub,Yusuf,
Ayyub,Syuib,Musa,Harun,Zulkifli,Daud,Sulaiman,Ilyas,Ilyasa',Yunus,
Zakaria,Yahya,Isa,Muhammad



4) Beriman kepada kitab

*terdapat 4 kitab yg telah diturunkan kepada rasul-rasul.kitab
itu ialah;

~ taurat - Nabi Musa a.s
~ zabur - Nabi Daud a.s
~ injil - Nabi Isa a.s
~ al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w



5) Beriman kepada hari akhirat

* Hari akhirat adalah hari pembalasan
* Manusia dibangkitkan dari kubur
* Hanya org yg beriman sahaja yg tahu betapa sulitnya hari tersebut

6) Beriman kepada Qada' dan Qadar

* Hendaklah beriman kepada qada' dan qadar sama ada yang telah berlalu,
sedang dialami atau bakal berlaku

* Beriman dengan takdir ialah percaya bahawa Allah yang menjaga perjalanan
hamba-hambanya,mengawasi hal ehwalnya dan mentadbir urusan mereka.

* Orang yg beriman akan menerima segalanya dengan aman dan tenteram.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1) Bertawakal dan bergantung selain dari Allah

* Org Islam berusaha disertai dengan tawakal
* org kafir berusaha tanpa bertawakal

2) Tidak mengakui nikmat zahir dan batin daripada Allah

3) Beramal kerana selain dari Allah

4) Memberi hak yang mutlak kepada yang selain dari Allah dari segi
mengada-adakan hukum syarak

* Allah mewajibkan kita mengikut syariat Islam dan melarang kita mengikut selain daripada itu.
* Kita perlu redha serta memilih kepada hukum-Nya


~sumber rujukan: my buku usrah 01/01-\~

Sunday, March 21

USRAH KELIMA [29 muharram 1425h/210304]

Fiqh Islam

TAHARAH/BERSUCI


Untuk menyempurnakan ibadah seperti solat hendaklah seseorang itu bersuci terlebih dahulu. Rasulullah SAW bersabda:

Artinya:
“Bersuci adalah anak kunci solat”.

Artinya, apabila seseorang melakukan ibadah seperti solatt tanpa menghilangkan najis atau mengangkat hadasnya, maka tidak sahlah ibadahnya itu atau ibadah itu akan ditolak oleh Allah SWT. Begitu besar dan pentingnya thaharah atau bersuci itu dalam Islam sehingga ia mesti diutamakan oleh seseorang yang hendak mengerjakan ibadah.

Jenis-jenis Air

Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang bersuci, perlu kiranya kita mengenal jenis-jenis air yang dapat digunakan untuk bersuci, yang disebut dengan air mutlak. Iaitu air yang suci yang juga dapat digunakan untuk mensucikan lainnya, iaitu air yang turun dari langit atau yang keluar dari bumi yang belum dipakai untuk bersuci. Air mutlak ini ada beberapa jenisnya, diantaranya adalah air hujan, air embun, air salju, air laut, air sungai, air mata air, dan air perigi/sumur.


Pembahagian Air

Air juga dibagi kepada empat kategori berhubung dengan tingkat kesuciannya dalam pandangan syariat:


1. Air yang suci yang juga dapat digunakan untuk bersuci, serta mensucikan lainnya dan tidak makruh menggunakannya. Air ini dinamakan air mutlak

2. Air yang suci dan dapat digunakan untuk bersuci, akan tetapi makruh menggunakannya, yaitu air yang dijemur di bawah terik matahari dalam waktu yang lama (sampai 6 bulan) di dalam wadah yang dapat berkarat seperti: besi, timah,dsb. Hal ini hanya berlaku di tempat-tempat yang panasnya sangat terik dan panjang seperti di Timur Tengah. Disamping itu, air yang sangat sejuk juga makruh digunakan.

3. Air yang suci tetapi tidak dapat dipakai untuk bersuci dan tidak dapat mensucikan lainnya, ia disebut air mustakmal. Air ini dapat dipakai seperti untuk minum, membersihkan kotoran-kotoran pada badan, pakaian, dan lainnya.Beberapa contohnya adalah:

a) Air bekas dipakai pada basuhan yang pertama untuk mengangkat hadas, seperti berwudhuk atau mandi, atau untuk menghilangkan najis selama jumlah (volumenya) tidak bertambah sebelum dan sesudah disiram keatas najis hukmiyah. (Lihat perbahasan najis)

b)Air yang berubah setelah bercampur dengan sesuatu yang suci yang larut di dalamnya, seperti air teh, kopi, air mawar, dll.

4. Air mutanajis ialah air yang kena najis atau kemasukan najis sedangkan volumenya kurang dari dua kolah (atau 250 L). Air ini tidak suci sehingga tidak dapat dipakai seperti untuk air minum, dan kalau diminum haram hukumnya dan berdosa orang yang meminumnya. Ia juga tidak dapat mensucikan lainnya dan juga tidak dapat dipakai untuk bersuci. Akan tetapi kalau air mutanajis ini bertambah jumlahnya sampai lebih dari dua kolah atau 250 L, serta warna, bau , dan rasanya tidak berubah, maka ia menjadi air mutlak semula dan boleh dipakai untuk bersuci.


Bersuci itu ada peringkat-peringkatnya

1. Bersuci dari perkara-perkara yang mencemarkan (fudhul) seperti debu, kotoran, daki, bulu/rambut, dll
2. Bersuci dari najis dan hadas
3. Bersuci dari dosa yang dilakukan oleh tujuh anggota badan seperti mata, mulut, telinga, tangan, kaki, hidung, dan kemaluan
4. Bersuci dari sifat-sifat mazmumah
5. Bersuci dari perkara yang melalaikan dari mengingati Allah


Bersuci Dari Perkara Yang Mencemarkan (Fudhul)

Yang dimaksudkan dengan perkara yang mencemarkan (fudhul) ini adalah perkara-perkara yang bukan najis tetapi ia mengotori badan sehingga membuat badan berbau, kotor dan tidak nyaman. Contohnya adalah seperti debu, keringat, daki dll. Hukumnya adalah sunat, yakni apabila dikerjakan karena Allah mendapat pahala, tetapi apabila ditinggalkan tidak berdosa, jadi kedudukannya sebaiknya dikerjakan. Diantara perkara fudhul ini adalah sebagai berikut:

1. Kotoran dan kutu di rambut, kotoran di telinga dan di celah-celah jari kaki dan tangan, kotoran di dalam hidung, daki hasil penumpukan keringat dan debu di seluruh badan. Ini semua dapat dihilangkan dengan cara mandi menggunakan sabun dan syampoo secara teratur dengan memperhatikan celah-celah atau tempat-tempat dimana kotoran ini biasa bertumpuk. Sedangkan kotoran gigi dan ujung lidah dibersihkan dengan istiqamah bersugi atau menggosok gigi. Seperti sebelum mengerjakan solat, sesudah makan, sesudah bangun tidur, dan pada waktu merasa mulut berbau. Rasulullah SAW sangat menganjurkan hal ini dengan sabdanya:

Artinya:
“Sekiranya takkan sangat memberatkan kepada umatku, sungguh akan kusuruh mereka bersugi setiap akan solat”.

2. Bulu ketiak, dan bulu ari-ari dianjurkan untuk dicukur minimal setiap 40 hari sekali, sebab kalau dibiarkan ia dapat menjadi sumber kekotoran yang dapat menimbulkan bau yang kurang sedap. Bagi lelaki rambut kepala danjurkan untuk dicukur, kalau tidak maka dibiarkan panjang tapi dirapikan tanpa menimbulkan kesan seperti wanita.Misai hendaknya diandam dan dipotong ujungnya agar tidak
menutup mulut.

Dan begitu juga kuku jari kaki dan tangan dipotong agar tidak sampai menjadi tempat berkumpulnya kotoran. Cara memotong kuku jari tangan adalah mulai dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan. Dan untuk memotong kuku jari kaki mulai dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


Bersuci Dari Najis.

Najis terbahagi kepada tiga kategori

a)najis mukhaffafah
b)mutawasitah
c)mughallazah

Najis mukhaffafah artinya najis ringan, seperti air kencing anak lelaki yang belum makan apa-apa selain dari air susu ibu. Sedangkan najis mughallazah adalah najis berat, seperti daging anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. Dan bagian-bagian tubuh lainnya daripada anjing dan babi, seperti bulunya, tulangnya, air liurnya dan najisnya.

Najis mutawasitah pula artinya najis pertengahan. Yang termasuk di dalamnya adalah semua najis kecuali yang tergolong ke dalam najis mukhaffafah dan mughalazah. Seperti segala sesuatu yang keluar dari kubul dan dubur manusia dan binatang kecuali air mani, barang cair yang memabukkan, susu haiwan yang dagingnya tidak boleh dimakan seperti harimau, gajah, dll. Selain itu daging bangkai juga tulang dan bulunya, kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang, dll.

Najis secara sifatnya dibagi juga kepada dua, yaitu:

Najis ainiyah, ialah najis yang ada wujudnya iaitu ada warna, rasa, dan baunya yang dapat dilihat, dirasa atau dicium.
Najis hukmiyah: ialah najis yang tidak kelihatan wujudnya seperti bekas air kencing atau arak yang sudah kering.

Cara mensucikan barang yang kena najis:

Untuk mensucikan najis mutawasitah, caranya adalah dengan dibuang najisnya terlebih dahulu. dihilangkan dulu warna bau dan rasanya. Kemudian, apabila sudah dicuba dengan berbagai cara namun masih belum hilang bau atau warnanya maka dimaafkan. Setelah itu baru dilalukan air keatasnya seperti disiram, atau dikucurkan air sedikit keatas permukaan tempat yang kena najis kemudian ditaruh kain lap diatasnya sehingga air itu terserap ke dalam kain lap itu. Dengan begitu air tadi telah melalui tempat yang terkena najis itu.

Najis mughallazah pula caranya sama dengan najis mutawasitah tetapi selepas itu ditambahkan dengan enam kali basuhan dengan cara menyirami tempat yang kena najis, yang salah satunya menggunakan air yang sudah dicampur dengan tanah yang suci. Jadi apabila menggunakan air sungai yang telah berwarna kecoklatan karena bercampur dengan lumpur, maka tak perlu lagi mencampurnya dengan tanah. Sedangkan untuk menghilangkan najis mukhaffafah hanya cukup memercikkan air ke seluruh permukaan yang kena najis.

Najis yang dimaafkan:

Najis ini kedudukannya tetap najis, akan tetapi oleh karena satu keadaan maka ia dimaafkan atau tidak wajib disucikan dalam mengerjakan ibadah seperti solat. Tetapi apabila keadaan itu telah berakhir, maka berlakulah keadaan asalnya, iaitu najis.
Contohnya seperti darah nyamuk yang sedikit yang terkena pakaian ketika hendak solat tak perlu dibuang dan solatnya sah. Akan tetapi bila mencuci pakaian tersebut sehingga menyebabkan ia bercampur dengan air yang sedikit, maka air itu menjadi mutanajjis.

Selain dari itu adalah bangkai serangga yang tidak mengalir darahnya yang jatuh tidak sengaja ke dalam air yang sedikit atau kedalam minuman seperti kopi. Maka air atau kopi itu tetap suci dan boleh diminum, akan tetapi terlebih dahulu hendaklah membuang bangkai itu dengan menggunakan alat seperti sendok.

Walau demikian, perlu diingat bahwa bangkai beserta sedikit air yang terbawa dalam sendok itu hukumnya menjadi najis karena ia dipindahkan dengan kesengajaan. Sehingga apabila bangkai itu sudah dibuang dari sendok, maka tinggallah najis hukmiyah pada permukaan sendok. Selanjutnya harus dialirkan air keatasnya agar ia dapat menjadi suci dan dapat digunakan untuk keperluan yang lain. Diantara najis yang dimaafkan juga adalah debu yang bercampur najis yang sudah kering atau lumpur yang bercampur najis yang sedikit terkena badan atau pakaian kita disebabkan sukar menghindarinya.

Bersuci Dari Hadas

Hadas adalah satu perkara yang mewajibkan seseorang mandi atau berwudhuk untuk mengerjakan ibadah seperti solat, haji, dll. Hadas terbagi kepada dua, iaitu hadas kecil dan hadas besar.

Hadas kecil, yaitu satu perkara yang mewajibkan seorang berwudhuk untuk mengerjakan ibadah seperti solat. Jadi seorang mesti berwudhuk lebih dahulu agar hadasnya terangkat sehingga ibadahnya seperti solat menjadi sah disisi syariat.

WUDHUK
Dalil wajib wudhuk terdapat dalam surah Al-Maidah ayat ke 6

Apakah syarat-syarat berwudhuk?

1. Islam
2.mumayyiz, yaitu dapat membezakan yang baik dari yang buruk
3. Tidak berhadas besar
4. Menggunakan air yang mutlak
5. Tidak ada yang menghalangi air sampai ke anggota wudhuk, seperti cat etc
6. Mengetahui mana yang wajib dan mana yang sunat

Kemudian fardhu wudhuk ada enam perkara:
1. Niat ketika membasuh muka. Bacaan niat ialah:
Artinya:
“Sengaja aku berwudhuk untuk menghilangkan hadas kecil fardhu karena Allah ta’ala”.
2. Membasuh seluruh muka (bermula dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari telinga kanan ke telinga kiri)
3. Membasuh kedua tangan sampai siku. Sebaiknya dilebihkan sedikit dari batas siku.
4. Mengusap sebahagian rambut kepala.
5. Membasuh kedua kaki sampai mata kaki
6. Tertib (berturut-turut), artinya mendahulukan mana yang harus didahulukan dan mengemudiankan mana yang harus dikemudiankan.

Untuk lebih menyempurnakan wudhuk sangat dianjurkan sekali untuk mengamalkan sunat-sunat berwudhuk, seperti:
1. Membaca basmalah pada waktu hendak berwudhuk
2. Membasuh kedua telapak tangan sampai pergelangan
3. Berkumur-kumur
4. Menghirup air ke dalam rongga hidung
5. Mengusap seluruh kepala dengan air
6. Mendahulukan anggota yang kanan dari yang kiri
7. Mengusap kedua telinga luar dan dalamnya
8. Menjadikan bilangan berwudhuk tiga kali
9. Menyela-nyela jari tangan dan kaki
10. Membaca doa sesudah wudhuk sambil menghadap kiblat. Bacaan doanya adalah:

Artinya:
“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan tidak ada yang menyengutukan bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hambaNya dan UtusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku tergolong kedalam golongan orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku tergolong ke dalam golongan orang yang suci, dan jadikanlah aku termasuk golongan orang yang soleh”.

Membaca doa dalam setiap gerakan wudhuk seperti berikut,

Selepas membaca basmalah hendaklah membaca doa berwudhuk:
“Ya Tuhan aku berlindung kepada Engkau daripada syaitan dan aku berlindung kepadaMu agar iblis tidak mendekatiku”.

Kemudian pada waktu hendak membasuh telapak tangan, bacalah doanya sebagai berikut:
Ya tuhan, aku memohon kepadaMu keuntungan dan berkat dan aku berlindung kepadaMu dari celaka dan kebinasaan”.

Pada waktu berkumur-kumur doanya:
“Ya Tuhan berilah aku bantuan untuk selalu membaca kitabMu dan mengingat namaMu”.

Pada waktu menghirup air sampai ke pangkal hidung dibaca doa:
Ya Tuhan hembuskanlah kepadaku bau syurga dalam keredhaanMu”.

Pada menghembuskan air keluar baca doanya:
Ya Tuhan aku berlindung kepadaMu dari bau neraka dan dari masuk ke rumah buruk itu”.

Pada waktu membasuh muka dibaca doanya:
“Ya Tuhan, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu, di hari wajah para WaliMu putih bercahaya-cahaya, dan janganlah dihitamkan wajahku degan kabut kegelapan di hari hitam menggelap wajah musuh-musuh Allah”.

Pada waktu membasuh tangan kanan doanya:
“Ya Tuhan, berikanlah kitabMu nanti dari kananku, dan kenakanlah daku perhitungan yang ringan”.

Sedangkan pada waktu membasuh tangan kiri membaca:
Ya Tuhan aku berlindung kepadaMu agar jangan kitabku diberikan dari kiri atau dari belakangku”.

Pada waktu membasuh kepala bacalah doa:
Ya Tuhan liputilah daku dengan rahmatMU, turunkanlan kepadaku berkatMu dan berilah aku naungan di bawah ‘arasyMu pada hari yang tak ada naungan kecuali naunganMu”.

Ketika membasuh telinga baca doa berikut:
Ya Tuhan, jadikanlah daku termasuk orang yang mendengar kata lalu mengikut yang terbaik. Ya Tuhan perdengarkanlah ke telingaku suara pemanggil ke Syurga beserta orang baik-baik”.

Pada waktu menyapu/membasuh kaki kanan kita baca:
Ya Tuhan, tetapkanlah kakiku ketika meniti Shiratal mustaqim pada hari, dimana banyak kaki tergelincir ke Neraka”.

Kemudian ketika membasuh kaki kiri kita baca:
“Ya Tuhan, aku berlindung kepadaMu semoga jangan tergelincir kakiku dari titian Shiratal mustaqim, pada hari dimana tergelincir kaki orang-orang munafik”.

Perkara Yang Membatalkan Wudhuk:

Diantara perkara yang akan membatalkan wudhuk adalah sebagai berikut:

1. Keluar sesuatu dari dua jalan, kubul atau dubur, misalnya buang air kecil atau besar, keluar angin,air mani,mazi dan wadi etc.
2. Hilang akal sebab gila, pengsan, mabuk atau tidur nyenyak
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dengan tidak memakai tutup (Bukan muhrim ertinya orang yang boleh menikah dengannya).
4. Tersentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan atau jari-jari sebelah dalam (bagian yang putih) walaupun kemaluannya sendiri.



Hadas Besar


Hadas besar adalah perkara yang menyebabkan seseorang wajib mandi junub untuk mengerjakan ibadah seperti solat. Artinya, ibadah-ibadahnya seperti solat itu baru sah jika ia telah mandi junub.

Diantara sebab-sebab yang mewajibkan mandi adalah:
1. Bersetubuh, atau bertemunya dua khitan walaupun tidak keluar mani.
2. Keluar mani
3. Mati yang bukan mati syahid
4. Haid
5. Nifas
6. Wiladah

Fardhu mandi ada tiga:
1. Niat dengan lafaz:

“Sengaja aku mandi wajib untuk mengangkat hadas besar fardhu karena Allah ta’ala”.

2. Menghilangkan najis pada badannya
Menyampaikan air ke seluruh tubuh dari kepala hingga ke hujung kaki. Termasuk lubang dubur sedalam kira-kira sebuku jari, yang juga merupakan anggota badan yang lahir yang mesti dikenakan air.

Agar mandi junub lebih sempurna maka sangat dianjurkan mengerjakan sunat-sunat mandi sebagai berikut:
1. Menghadap kiblat
2. Membaca basmalah pada waktu hendak mandi
3. Berwudhuk sebelum mandi
4. Menggosokkan tangan ke seluruh badan dan dicukupkan tiga kali basuhan
5. Mendahulukan anggota yang kanan
6. Tertib sebagaimana diatas

Perkara-perkara yang mesti dijauhi oleh orang yang berjunub:
1. Mengerjakan solat
2. Mengerjakan thawaf
3. Memegang mushaf Al Quran
4. Membaca kita suci Al Quran
5. Berdiam diri di dalam masjid (I’tikaf)

Bagi wanita yang sedang haid dilarang melakukan perkara-perkara seperti diatas ditambah dengan yang berikut:
1. Bersetubuh atau bersenang-senang dengan apa yang ada diantara pusat dan lutut
2. Berpuasa, yang wajib maupun sunat
3. Bagi para suami dilarang menceraikan istrinya dalam keadaan itu.


Tayammum

Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih/suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wudhuk atau mandi junub.

Syarat-syarat yang membolehkan tayammum:
1. Telah masuk waktu shalat
2. Telah berusaha mencari air tetapi tidak mendapatkannya
3. Berhalangan menggunakan air, misalnya karena sakit anggota wudhuknya yang dapat memudharatkan bila kena air.
4. Menggunakan debu, pasir atau tanah yang suci

Rukun tayammum ada empat:
1. Niat, dengan lafaz:
“Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan shalat karena Allah ta’ala”.
2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci
3. Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan
4. Tertib melakukannya.

Kemudian sunat-sunat tayammum yang dapat menyempurnakannya adalah:
1. Membaca basmalah
2. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri
3. Menipiskan debu dengan mengadukan sisi kedua telapak tangan sebelum mengusap anggota tayammum
4. Membaca doa seperti doa sesudah berwudhuk

Disamping itu ada juga perkara-perkara yang membatalkan tayammum, seperti:
1. Semua yang membatalkan wudhuk
2. Melihat air sebelum mengerjakan shalat
3. Murtad, keluar dari Islam.

Perlu diingat bahwa dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardhu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.

sumber:qatrunada.com,my buku usrah 2001/02

Sunday, March 14

USRAH KEEMPAT - { 22 muharram 1425h/140304}

Sirah - SAIDATINA SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Assalamualaikum warah matullah.Pada minggu ni kita akan sama-sama selami peribadi dan riwayat kisah hidup wanita agung yang juga merupakan isteri pertama Rasulullah s.a.w, saidatina khadijah binti khuwailid.moga kita sama-sama dapat memperolehi manfaat dan menjadikan kisah hidup beliau sebagai motivasi terutamanya kepada para muslimah.


Siapakah khadijah?
Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.

Banyak pemuda Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya.


Bermimpi melihat matahari turun kerumahnya
Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya merata kesemua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.

Mimpi itu diceritakan kepada sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata: "Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman." "Nabi itu berasal dari negeri mana?" tanya Khadijah bersungguh-sungguh. "Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat. "Dari suku mana?" "Dari suku Quraisy juga." Khadijah bertanya lebih jauh: "Dari keluarga mana?" "Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat," kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: "Siapakah nama bakal orang agung itu, hai sepupuku?" Orang tua itu mempertegas: "Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!"

Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah senantiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.

Lamaran dari khadijah kepada Rasulullah s.a.w
Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: "Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!" Suaranya ramah, bernada dermawan. Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu harga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya: "Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu". Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban. "Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan," kata Khadijah r.a. "Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu". Ia berhenti sejenak, meneliti.

Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandung isyarat: "Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diinginkan oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu". Khadijah tertunduk lalu melanjutkan: "Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mau, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu".

Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa yang mau dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.

Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada Pamannya: "Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu "anu dan anu...." Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu. 'Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya: "Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya".

'Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: "Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?"

Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati 'Atiqah: "Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahwa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mau, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati".

Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat 'Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius. "Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah diketahui oleh sepupumu Waraqah bin Naufal?" tanya 'Atiqah sambil meneruskan: "Kalau belum cobalah meminta persetujuannya." "Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran", Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan karena dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.

'Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan 'Atiqah dengan Khadijah "Itu bagus sekali", kata Abu Thalib, "tapi kita harus bermusyawarah dengan Muhammad SAW lebih dulu."


Khadijah yang cantik
Sebelum diajak bermusyawarah, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya: "Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?" Muhammad SAW menjawab: "Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada." "Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?" "Siapakah dia?" tanya Muhammad SAW. "Khadijah!" Nafisah berterus terang. "Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!"

Usaha Nafisah berhasil. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.

Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan yang utama karena hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya. Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli. Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu.

Hadir Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan resmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita yang berkenaan.


Pernikahan Muhammad dengan Khadijah
Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: "Hai anak sepupuku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas". "Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta", ujar Waraqah. "Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya," demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.

Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahwa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kawin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan "Ash-Shiddiq", sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi karena yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.

Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jum'at, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah pamannya bernama 'Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut: "Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma'ad, dari keturunan Mudhar. "Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

"Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscaya ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kawin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.

"Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat. "Semoga Allah memberkati pernikahan ini". Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.

Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !"

Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)

Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.


Dijamin Masuk Syurga
Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut "Tahun Kesedihan" ('Aamul Huzni).

Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang disampaikan Jibril 'alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata: "Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita. "Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang senantiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau senantiasa menyantuni anak yatim piatu, menghormati tamu dan mengulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?"

Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy. Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain yaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang disampaikan oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu 'anha serta dihiburnya dengan syurga.

Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata: "Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti 'Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir'aun".



Wanita Terbaik
Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah r.a ialah: "Dia adalah seorang wanita yang terbaik, karena dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam kebimbanga, dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain".

Putera-puteri Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dianggap sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.



Perjuangan Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.

Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa."

Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, padahal di hadapan kita ada "wanita terbaik di dunia," Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mu'minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya.

Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :"Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan." [HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata :"Keshahihannya telah disepakati."]

Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai, orang-orang yang terpedaya oleh dunia ?

Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu'min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi SAW. Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.

Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat-ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke kiri sehingga Nabi SAW melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada penghibur, teman, pembantu maupun penolong.

Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku." Maka Rasulullah SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.

Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini." Nabi SAW tidak mendapatkan darinya, kecuali pe neguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi SAW tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menyedihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya. Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.

Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :"Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolong- nya dengan jiwa dan hartanya.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]

Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

rujukan:Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW karangan Muhammad Ibrahim Saliim


SITI KHADIJAH - In Team


Siti khadijah...serikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
serikandi pertama tika Islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
dia tersisih engkau memilihnya
dia terbuang engkau menyayanginya
kerna iman kau sanggup berjuang

ohh..siti khadijah namamu indah
kudwah hasanah tauladan ummah
tika rasul terpinggir engkaulah insan terhampir

siti khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
pemergian mu ditangisi nabi
hingga kini tiada pengganti

sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju Allah
jika teman seperti Khadijah masih ada lagi...