Definition List

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, March 28

USRAH KEENAM {7 Safar 1425h/280304}

IMAN

takrif bagi iman = kepercayaan (tasdiq).setiap muslim itu mestlilah;

1) bertasdiq dengan hati
2) berikrar dengan lidah
3) beramal dengan segala rukun

Iman akan tercipta melalui 3 panduan tersebut.Kepercayaan hati,pengakuan lidah
dan beramal dengan segala rukun.

Imam Hassan Al-Basri pernah mengatakan bahawa
"iman itu ialah apa yang teguh di dalam hati dan dilakukan oleh amal"

Mengikut Imam Al-Jarjani,iman itu mengakui dengan hati,iktikad dengan hati
dan ikrar dengan lidah.barangsiapa yang,

* mengucapkan dan beramal tetapi tidak iktikad --> Munafik
* mengucapkan tetapi tidak beramal --> Fasik
* tidak mengucapkan dan tidak beramal --> Kafir

Az-zojjaj menggariskan bahawa "iman itu mematuhi undang-undang Islam,
apa jua yang dibawa nabi Muhammmad,beriktikad dan percaya dalam hati"


RUKUN IMAN

1) beriman kepada Allah

* Percaya akan kewujudan Allah
* Antara bukti kewujudan Allah adalah adanya alam semesta
* Percaya bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita

2) beriman kepada malaikat

10 malaikat yg perlu diketahui oleh setiap muslim;

* Jibrail ( Meyampaikan wahyu)
* Mikail ( Menurunkan rezeki)
* Ridwan ( Menjaga syurga)
* Malik ( Menjaga neraka)
* Mungkar (Menyoal didalam kubur)
* Nangkir (Menyoal didalam kubur)
* Raqib (Catat amalan kebaikan)
* Atid (Catat amalan kejahatan)
* Izrael ( Mencabut nyawa)
* Israfil (Meniup sangkakala)

3) Beriman kepada Rasul

* mengikut dan mempercayai ajaran rasul kerana Rasul adalah utusan Allah.
* 25 rasul yang wajib diketahui oleh muslim;

Adam,Idris,Nuh ,Hud, Saleh,Ibrahim,Luth,Ismail,Ishaq,Ya'qub,Yusuf,
Ayyub,Syuib,Musa,Harun,Zulkifli,Daud,Sulaiman,Ilyas,Ilyasa',Yunus,
Zakaria,Yahya,Isa,Muhammad



4) Beriman kepada kitab

*terdapat 4 kitab yg telah diturunkan kepada rasul-rasul.kitab
itu ialah;

~ taurat - Nabi Musa a.s
~ zabur - Nabi Daud a.s
~ injil - Nabi Isa a.s
~ al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w



5) Beriman kepada hari akhirat

* Hari akhirat adalah hari pembalasan
* Manusia dibangkitkan dari kubur
* Hanya org yg beriman sahaja yg tahu betapa sulitnya hari tersebut

6) Beriman kepada Qada' dan Qadar

* Hendaklah beriman kepada qada' dan qadar sama ada yang telah berlalu,
sedang dialami atau bakal berlaku

* Beriman dengan takdir ialah percaya bahawa Allah yang menjaga perjalanan
hamba-hambanya,mengawasi hal ehwalnya dan mentadbir urusan mereka.

* Orang yg beriman akan menerima segalanya dengan aman dan tenteram.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1) Bertawakal dan bergantung selain dari Allah

* Org Islam berusaha disertai dengan tawakal
* org kafir berusaha tanpa bertawakal

2) Tidak mengakui nikmat zahir dan batin daripada Allah

3) Beramal kerana selain dari Allah

4) Memberi hak yang mutlak kepada yang selain dari Allah dari segi
mengada-adakan hukum syarak

* Allah mewajibkan kita mengikut syariat Islam dan melarang kita mengikut selain daripada itu.
* Kita perlu redha serta memilih kepada hukum-Nya


~sumber rujukan: my buku usrah 01/01-\~