Definition List

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, September 9

MARHABAN YA RAMADHAN 1427

TAKEN FROM SOMEONE AND SOMEWHERE ELSE...

Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
Sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
Maafkanlah segala dosa-dosaku
Daku hanyalah seorang insan biasa
Mencari kasih Illahi yang abadi
Duhai Ilahi....kasihanilah daku, kekallah diri ini dalam iman yang abadi
Dan hanya kepada-Mu, daku berharap...

Thursday, September 7

Mencari Jalan Pulang

Perjalanan Sepi
Seorang Musafir Menghitung Nasib Diri
Mencari Erti Sebuah Tafsiran Mimpi
Yang Semalamnya Menganggu Igauan Tidur
Tentang Masa Depan
Yang Silih Bergantinya Hampir...
Lena Dan Bahagia

Tuhan...
Sesunyi Air Di Lautan
Masih Punya Matlamat Diri
Untuk Sampai Ketepian
Berdebur Menghempas "Mazmumah" Diri
Berkecai Buih Noda...
Dek Kekuatan Dan Kekerasan Pepasir Keinsafan
Lalu Lurut Semula Ke Samudera
Berlari Meninggalkan Untaian Dosa !
Kesyahduan Itu Merempuh Lagi
Bukan Lagi Pada Mehnah Duniawi
Tapi Kini Pada Kasih Tuhan Yang Sering Tergadai
Dek Kelalaian Duniawi
Dan Bekalan Diri Yang Masih Belum Sempurna
Untuk Dipersembahkan
Tatkala Dituntut Kelak

Tuhan...
Siramlah Diriku
Dengan Lautan "Maghfirahmu"
Agar Senang Ku Capai "Mardhiahmu"
Dan Mudah Pula....
"As-Sakinah" Datang Bertandang
Meniupkan Semilir "As-Sa'adah"
Ke Dalam Rohku
Lalu Aku Akan Tegap Berdiri
Tatkala Diuji

Walau Ku Tahu
Keperitan Hidup Pasti Mengejar
Namun Ia Tetap Kan Jadi
Idola Sebuah Rentak
Perjalanan...
Mencari Jalan Pulang...!!!


Ditulis oleh allahyarham kak farsze,yang meninggal dunia pada
6 Nov 2003 / 10 Ramadhan....
Waallahualam

Tuesday, July 25

BULAN REJAB

Kalau diperhatikan kepada masyarakat kita Malaysia dalam bulan Rejab , ramai dikalangan kita mempunyai kepercayaan terhadap fadhilat bulan Rejab serta mereka melakukan amal ibadat tertentu dalam bulan Rejab berdasarkan hadith-hadith yang lemah lagi munkar ( palsu) .

Kata Qadhi Al-Fudhail bin Ayadh rahimahullah - :"sesungguhnya sesuatu amalan itu sekiranya dilakukan dengan rasa ikhlas tetapi tidak betul dan tepat maka ia tidak akan diterima dan sekiranya amalan itu dilakukan dengan betul dan tepat tetapi tidak dengan niat ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan rasa ikhlas dan betul serta bertepatan barulah ia diterima oleh Allah. Katanya lagi : yang dikatakan ikhlas ialah semata-mata kerana Allah swt dan yg dimaksudkan dengan betul atau betetapan itu ialah mengikut sunnah Nabi".

{sila lihat kita Jami' Ulum dan Hikam Ibnu Rejab : ms 72 }

Syarat diterima sesuatu amalan itu oleh Allah ada dua syarat:-

1) Niat ikhlas kepada Allah . Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" ( surah Al-Baiyinah :5)
2)Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith :"barangsiapa yang mengreka-reka satu amalan dalam agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak ( tidak diterima)" [ hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari dan Muslim , Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211 ]


Amalan bulan Rejab - Antara yang palsu dengan tulen

Oleh ABD AL-RAZZAQ ABD MUTHALIB



BULAN Rejab di antara bulan-bulan yang suci. Dinamakan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya pada zaman jahiliah, iaitu tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini.

Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunah Rasulullah s.a.w. untuk melayakkan amalan tersebut diterima? Menyentuh persoalan ikhlas, kemungkinan semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan syariat dan sunah Rasulullah s.a.w.? Justeru, menjadi kewajipan umat Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab, yang tidak menepati sunah Rasulullah s.a.w. ialah:

1) Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam Israk dan Mikraj. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam. Ia bukti kebesaran Allah s.w.t. dan kebenaran Nabi Muhamad s.a.w. serta risalah yang dibawa Baginda.

Tersebar luas di kalangan umat Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku pada malam 27 Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan khusus dan mengharapkan fadilat-fadilat tertentu.

Tetapi pendapat ini tidak tepat sebagaimana disebut oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: ``Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa Israk Mikraj, tiada satu hadis sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah s.a.w. di sisi ulama hadis, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah di sebalik rahsia ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadis sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan khusus.

``Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi s.a.w. akan menunjukkan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w., semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat kepada kita.''

2) Berpuasa penuh pada bulan

Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ia mempunyai fadilat yang khas. Sesetengah umat Islam akan berpuasa pada bulan ini sepenuhnya atau sebahagiannya, dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khusus bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan al-Quran atau hadis-hadis yang sahih. Bahkan ia diambil daripada hadis-hadis yang maudhuk (palsu), dan yang lebih malang lagi hadis-hadis ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam, sama ada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Di antara hadis-hadis maudhuk yang tersebar luas mengenai fadilat puasa pada bulan Rejab ini ialah:

i. Ibnu al-Jauzi menyebutkan riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi daripada Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, daripada Abu Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Rejab adalah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku, maka sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga Firdaus yang tertinggi.

Sesiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab, maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, maka Allah menjadikan antaranya dan neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Sesiapayang berpuasa empat hari dalam bulan Rejab maka ia akan diselamatkan daripada bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih ad-Dajjal dan daripada azab kubur.'' Ibnu al-Jauzi menghukum hadis ini sebagai maudhuk.

ii. Ibnu Shahin meriwayatkan daripada Ali daripada Harun bin `Antarah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Sesiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab, maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun. Menurut Ibnu `Iraq: ``Hadis ini adalah maudhuk tanpa syak lagi. Harun bin `Antarah pula di sisi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadis.

3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka sesiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun. Hadis ini disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar daripada Kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.

Bercanggah

Demikianlah di antara contoh sebahagian kecil hadis-hadis palsu yang tersebar di kalangan masyarakat Islam mengenai fadilat puasa pada bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadis palsu lain mengenai fadilat puasa pada bulan ini yang sesetengah daripada fadilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ia bercanggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam menyentuh perkara ini berkata: ``Tidak terdapat hadis-hadis yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadilat khusus bulan Rejab, atau fadilat berpuasa (sepenuhnya) pada bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus.''

Al-Imam As-Syaukani pula menyebut di dalam kitabnya, al-Fawaid: ``Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-`Athar berkata: ``Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhuk dan daif (lemah), tidak mempunyai sumber.''

Selain amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai `Istighfar Rejab'. Disebutkan di antara fadilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab ini, maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80,000 pahala para Nabi.

Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ia mempunyai fadilat khusus jika dilakukan pada bulan Rejab.

Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini, yang tidak bersumberkan Rasulullah s.a.w. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya? Atau ia tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja? Semoga Allah s.w.t. mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama membenteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunah Rasulullah s.a.w. dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah s.w.t.



dipetik dari utusan online : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Wallahualam.

Saturday, June 17


PESANAN BUAT KITA




This is an excerpt taken from
PalestinKini Info

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.



Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Sumbangan boleh dilakukan di ;

1)Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Taman Melawati
nombor akaun: "1211 301 0003797".(YG SALAH)

UPDATED!!PEMBETULAN NO ACCOUNT!!
assalamualaikum.MAAF, ade sedikit kesilapan dgn no acct Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yg ana tulis td. nombor sebenar adalah 1211 301 0005797 (*before it was 3797).sahabat ana dah call Bank Islam Tmn Melawati utk confirmation so in sya allah kali ni punya betul. maaf sekali lg.jzkk


2) Yg ni utk kredit kad yer.(senang seyh yang ni)
http://www.interpal.org/

Credit Picture : Seni-Kehidupan
Credit For Sumbangan Links : Salwa Mohd Saleh

Tuesday, May 16

EMPIRE OF FAITH